Yuuki Homestay Terbaik Untuk Yang Ingin Keselesaan Berganda!

Tempah Sekarang Sebelum Terlambat

Tempahan Yang Mudah

Tempahan Yuuki Homestay yang sangat mudah & pantas

Disenaraikan Dalam Peta

Mudah dicari menerusi aplikasi Waze atau Google Map

Cantik & Selamat

Menyediakan pelbagai fasiliti yang menarik untuk penyewa

Kenapa Perlu Pilih Yuuki Homestay?

Yuuki Homestay menyediakan kepada pelanggan kami servis dan kebersihan tahap hotel 5 bintang. Kami mempunyai ahli syarikat yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang perhotelan. Yuuki Homestay yang fokusnya berada di i-City, Seksyen 7 yang sedang membangun dengan sangat pesat.

Apa yang Menarik di Yuuki Homestay?

kolam-infiniti-new

Kolam infiniti

Kolam Infiniti. Masa awal2 admin nak mandi kat kolam i soho ni, mak admin tak kasi sebab dia ingat kolam ni bahaya, boleh jatuh. Sebenarnya tak pun. Keselamatan kolam ni terjaga je seperti biasa. TAPI yang admin nak cerita adalah sebab boleh direct tengok pemandangan terus. Memang nice giler lah. Siries, kalau korang mandi malam-malam, amek gambar, post kat fb dan ig, kompem banyak like punya lah.

Sauna

Lepas dah mandi kan sejuk sejuk kan ? Korang kena rilek dulu. Masuk lah sauna dulu. Sauna ni memang ada dalam tandas di sebelah kolam. Haa, terutama pada korang yang nak bakar kalori, rehatkkan minda, nak anjalkan kulit, cantikkan kulit, buang daki, hilangkan bau badan, buang angin dari badan dan banyak lagi kalau korang duduk dalam sauna ni. Korang tak payah bayar harga lain. Dengan satu harga bermalam di Yuuki Homestay, terus dapat sauna ni. Baru rasa ala – ala tradisional gitu.

Gimnasium

Bangun je pagi, terus turun tingkat 2, main gym. Bila lagi korang nak amalkan hidup yang sihat kan ? Kalau korang duduk kat blok CDE, lagi lah, lepas dah peluh-peluh main gym, tak yah fikir lagi, terus je terjun dalam kolam sebab gym dengan kolam dia sama level. Sebelah2 je. Amacam ? On tak on ?

Snow Village

Kalau korang tak pernah bawak family korang ke negara bersalji, snow village lah tempat terbaik korang bawak anak-anak korang main. Ada salji, dan suhu nya memang dorang buat macam negara salji. Nak masuk snow village ni korang kena pakai baju sejuk tau. Hanya dengan harga RM10 sahaja seorang.

red-karpet-ratu-elizabeth

Red Carpet

Kalau korang teringin sangat nak amek gambar dengan golongan famous2, korang boleh datang Red Carpet ni. Admin share sikit gambar admin bergambar dengan Ratu Elizabeth. Ni preview free je lah. Kalau korang nak lagi boleh masuk dalam Red Carpet ni, ada lagi ramai. Harga dalam RM50 ~ RM100.

Sogo Mega Mall

Ini lah antara punca terbesar untuk korang datang ke Yuuki Homestay. Dalam Sogo ni ada banyak sangat-sangat jenis makanan viral. Kalau korang berduit, admin cadangkan korang pergi tingkat 3 dalam Sogo, ada banyak makanan Jepun dan Korea kat situ. Memang puas sebab semua ada. Kalau korang ni jenis duit tak berapa nak ramai, admin cadangkan korang pergi tingkat bawah sekali bahgian food court dia macam macam jenis makanan viral ada. Dari Yuuki Homestay nak ke Sogo, korang boleh guna Central Walk I city. Jalan kaki je.

city-of-lights

i-City Theme Park

Jarak antara i city Theme Park dengan Yuuki Homestay 5 minit je jalan kaki. Sebab kalau malam – malam, korang nak datang memang jem, tambahan lagi banyak giler attraction yang ada dalam Theme Park ni. So korang kena bermalam lama sikit lah di Yuuki Homestay untuk layan semua yang ada dalam Theme Park ni. Antara yang ada dalam Theme Park ni adalah

1.  Waterworld – Dalam waterworld ni pulak ada

  • – Tornado
  • – Aladdin
  • – Adventure
  • – Giant Jacuzzi
  • – Rainbow Racers
  • – Kiddie Slide
  • – Spiral Slide
  • – Family Raft

2. Snow Walk

3. Red Carpet 2
4 . Itsy Bitsy – Dalam Itisy Bitsy ni plak ada :-

  • – Water Adventure
  • – Avatar Flight
  • – Spinning Cup
  • – Car Drift
  • – Mini Pirate Ship
  • – Fitness Junior
  • – Jumping Frog
  • – Ant Park
5. City Of Digital Lights – Dalamnya ada :

  • – Disco Ride
  • – Space Walk
  • – 2Tier Carousel
  • – Twister Boat
  • – Moon Jellies
  • – Super Swing
  • – Adventure Train
  • – Bumper Car
  • – Pirate Ship
  • – Giant Ferris Wheel
6. Tarikan lain-lain

  • – Rumah Hantu
  • – Space Mission
  • – Trick Art Museum
  • – Fun Drive
  • – 5D Cinema

Senarai Yuuki Homestay

Di Yuuki Homestay, kami mempunyai 2 jenis rumah iaitu rumah 1 bilik dan rumah 2 bilik. Anda boleh lihat gambar di bawah :

1 Bilik

2 Bilik

Apa Kata Mereka?

DG Hafifi Joe

5/5

Nice Place to stay.
Muslim services.

Dayana Zakariah

5/5

Nice place to hang around with family and friends. Friendly and helpful host. Convenient and easy access.

Nurul Faseha

5/5

Beautiful scenery and good environment. Really- really recommended.

Mirzan Hazli

5/5

A fantastic homestay. Recommended 👍

Bedah Caenudyn

5/5

Environment best. Jalan kaki je nak pergi I-City. Dan owner sangat baik dan peramah. Service tiptop.

Kamaruddin Salam

5/5

Rumah sangat selesa, dan sesuai nak bawak anak dan Family pergi bercuti. Keep it up.

Dah alang- alang masuk website Yuuki Homestay, jom layan 1 minit je Lagu Yuuki Homestay. Best tau. Biasanya memang kanak - kanak suka

Apa Tunggu Lagi Tempah Sekarang!

Tempat Menarik, Cantik banyak aktiviti boleh dilakukan bersama kawan atau keluarga tercinta. Hubungi kami sekarang untuk menempah!

Tempah Sekarang Sebelum Terlambat

Alamat

I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp

011-1032 7552

Waktu Berurusan

Setiap Hari
Dari 9.00 pagi – 6.00 petang